Metafora Minorit Nunuk Ragang

Minorit adalah metafora mengenai kemunculan usaha monokulturalisme dalam masyarakat Kadazan-Dusun dan juga kemerosotan sumber alam di Nunuk Ragang. Kedua-dua ini berkait rapat dengan agama nenek moyang kaum Kadazan-Dusun yang pada zaman itu menganuti agama animisme dan menyembah Kinorohingan sebagai Tuhan (bersama Huminodun) dan Bambarayon (roh sumber makanan) sebagai penyelamat mereka. Setelah penanaman padi diperkenalkan kedalam masyarakat Kadazan-Dusun, Bambarayon dikait rapat dengan roh padi. Dikemudian hari nanti, di mana pun kaum Kadazan-Dusun membuat penempatan baru, tema monokulturalisme dan perayaan penyelamatan/penuaian sering mengiringi kehidupan mereka.

Dalam Tangon Minorit, dikatakan bahawa pada waktu nenek moyang Kadazan- Dusun tinggal dalam penempatan awal di Nunuk Ragang, ada serangan yang muncul dari tanah dalam bentuk mahkluk-mahluk kecil. Tidak diberitahu apakah bentuk senjata yang digunakan oleh puak Minorit. Pakar pengkaji anthropologist merekodkan tembual dengan beberapa orang yang mengatakan bahawa puak Minorit memaksa masyarakat awal Nunuk Ragang untuk mengikut amalan mereka iaitu menghapus kanak-kanak yang baru lahir jika sekiranya kanak-kanak tersebut menunjukkan ciri-ciri akan membesar normal. Puak Minorit hanya memilih anak mereka yang kecil-kecil dengan tujuan mengurangkan pengunaan makanan dan tubuh mereka "semua sama" dari segi saiz. Cerita ini bersifat metafora kerana merujuk kepada sejenis mahluk yang tidak terbukti wujud sampai hari ini namun memberi kesan yang bersifat revolutionaris iaitu melancarkan keluaran besar-besaran dari Nunuk Ragang.